SoalanLazim

berikut kerap ditanya oleh ramai pelanggan kami. mungkin dapat membantu anda juga

CLARROS tu apa?
CLARROS asalnya dari perkataan Latin ‘Claro’, maksudnya jernih.

Kalau lampu kaca macam mana?
Err, sori bos. Untuk lampu plastik je. Lampu kaca samada kena basuh atau tukar baru.

Macam mana nak tahu lampu kereta saya jenis plastik?
Senang je. Cuba jentik lampu tu & dengar. Bunyi dia sebijik macam plastik.

Apa 3 langkah mudah tu?
Langkah 1: Wet Sanding, Langkah 2: Polishing & Langkah 3: UV Protection. Untuk lebih jelas, boleh refer eBook kami.

Lampu kereta saya kuningnya sebahagian saja. Macam mana?
Kalau kuningnya nipis je, boleh terus mula dengan Langkah 2: Polishing. Kalau ada kusam2 sikit, better mulakan Wet Sanding dengan P800 atau P1000. Tengok keadaan.

Macam mana nak lakukan proses Sanding dengan betul?
Pastikan lampu bersih daripada gam, minyak atau kotoran. Tutup body kereta (sekeliling lampu) dengan Masking Tape. Basahkan lampu dengan air. Lakukan Wet Sanding dengan kertas pasir P400 secara mendatar sehingga rata ke seluruh permukaan lampu. Teruskan secara menegak dan ulang berselang-seli selama 5 minit atau sehingga keladak jadi putih. Ulang proses sama dengan P800 dan P1000.

UV Coating hilang la selepas Wet Sanding?
Iye. UV Coating asal memang dah rosak sebab tu jadi lampu jadi kusam. Jangan risau, Langkah 2: Wet Sanding akan buang semua kerak yang rosak.

Lepas P1000, boleh saya teruskan Wet Sanding dengan grit lebih halus?
Boleh je nak sambung dengan P2000 atau P3000. Sebenarnya P1000 dah cukup sebab nanti ada Langkah 3: Polishing.

Polishing tu berapa lama?
Minimum 3 minit minimum atau sehingga calar halus hilang.

Lama ke nak buat restoration ni?
Sekejap je. Lebih kurang 40 minit. Kalau buat 2 orang lagi cepat.

Lampu terus jernih lepas disapu UV Protection Paste?
Ya. Anda boleh lihat perubahannya serta merta dari sapuan pertama. Sebaiknya, dedahkan lampu kereta anda di bawah sinaran matahari at least 1 jam untuk kesan lebih optimum.

Kena pakai alat elektrik ke?
Tak. Pakai tangan je. Hanya perlu kit CLARROS BASIC, kain bersih & air.

1 kit CLARROS BASIC untuk berapa lampu?
1 kit untuk 2 lampu.

Berapa harga kit CLARROS BASIC?
1 kit – RM60.
2 kit – RM120 (FREE shipping).

Delivery berapa hari?
3 – 5 hari. Delivery dengan Pos Laju.

Ada gerenti?
Pulangan wang dalam tempoh 30 hari. Ini Jaminan Bebas-Kusam Tanpa Syarat kami.