7+1 Tips Penjagaan Lampu Kereta

7+1 Tips Penjagaan Lampu Kereta

Memandu dalam gelap ketika hujan lebat memang susah. Lagi mencabar kalau lampu kereta malap. Line kiri kanan dah tak tahu kat mana. Yang nampak hanya 2 meter depan kereta je. Lain semua gelap.

Tangan kalut lap kabus kat windscreen. Mata plak duk fokus line putus-putus kat tengah jalan. Sekali line tu hilang, terus gelabah – takut makan jalan orang. Ye la, tak kena gaya, dalam longkang la makan dia.

Saya percaya ramai orang (termasuk anda) yang pernah alami situasi macam ni. Dan sebab tu penjagaan lampu kereta sangat membantu untuk mengurangkan stress ketika anda memandu dalam keadaan ini.

Saya nak bagitahu satu fakta yang anda sendiri dah tahu. Iaitu, lampu depan yang terang akan meningkatkan jarak penglihatan anda seterusnya membantu anda untuk rasa lebih selamat dan yakin semasa memandu ketika waktu malam.

Sekiranya lampu kereta anda ada sedikit malap, saya sarankan anda follow 7 tips di bawah supaya lampu depan kereta anda sentiasa tip top dan ready anytime!

1. Spot Check

Sekali sekala cuba anda periksa semua lampu kereta anda dan pastikan semua berfungsi. Penting untuk anda buat spot check untuk tahu kenapa lampu kereta anda jadi malap. Adakah sebab mentol atau lens (cover) lampu.

2. Ganti Mentol

Mentol yang dah terbakar memang kena ganti. Tapi ada juga sesetengah keadaan, mentol tak terbakar tapi malap. Jika anda rasa lampu kereta anda tak terang macam mula-mula pasang dulu, itu petanda anda patut ganti mentol baru.

3. Ganti Mentol Sepasang Terus

Kalau anda nak ganti mentol, better ganti sepasang terus dari brand dan model yang sama. Jika tidak, cahaya lampu kereta anda akan jadi tak balance dan dikuatiri menggangu penglihatan anda serta pemandu lain.

4. Pasang Relay

Sekiranya anda dah tukar mentol baru, lense pun masih ok tapi lampu malap semacam je, itu tandanya anda nak kena hantar kereta masuk bengkel. Kadang-kadang pomen akan pasang relay kat lampu depan untuk tambah power so that lampu jadi lebih terang. Anda tanya je mana-mana pomen.

5. Buat Alignment Lampu

Perasan tak kadang-kadang masa tengah drive, kereta di lane sebelah kasi high beam kat anda? Kalau dah selalu sangat kena high beam, maknanya lampu kereta anda ditala untuk suluh direct ke muka orang. Jika betul, anda patut buat alignment lampu supaya ngam dengan jarak penglihatan anda dan tak mengganggu pemandu lain.

6. Buang Tinted Hangus

Yang ni sepatutnya anda buat dari awal lagi. Jika ada tinted kat lampu depan kereta anda, periksa keadaan tinted tu. Kalau dah hangus, better buang serta merta tak perlu tunggu hitam legam dulu. Jangan lupa kasi clear semua gam tinted.

7. Buat Headlight Restoration

Anda dah follow 6 tips sebelum ni tapi anda rasa bengang sebab lampu masih malap. Besar kemungkinan lens (cover) headlight anda kusam. Anda boleh confirm berdasarkan keadaan fizikal lampu kereta anda yang kuning, kabur dan berkabus.

Lampu kusam masalah sejagat, bukan kereta anda je. Semua kereta yang guna lampu plastik (polycarbonate) ada masalah ni. Ada banyak sebab kenapa lampu jadi kusam tapi punca utamanya adalah sebab selalu sangat jemur tengah panas.

Permukaan lampu yang kusam akan menyerap dan menyekat cahaya dari mentol dan menjadikan cahaya lampu kereta anda jadi malap. Siang hari mungkin takde isu, just kereta je nampak buruk sikit. Yang lecehnya time malam, sebab terpaksa menjegil bijik mata duk perhati jalan raya.

Sekiranya kos bukan satu isu bagi anda, solution terbaik adalah tukar lampu baru satu set. Tukar sepasang terus ya. Kalau sebelah nampak pelik plak. Anda boleh semak harga lampu baru kat sini untuk estimate bajet anda.

Jika anda rasa prefer kaedah alternatif yang lebih ekonomi, then saya sarankan untuk anda consider DIY Kit untuk buang kerak kusam kekuningan pada permukaan lampu. Pilih kit yang lengkap dengan UV Protection material. Kit macam ni akan bantu anda jernihkan semula lampu dan protect lampu kereta anda dari sinaran UV. Jadi lampu kereta anda akan tahan lebih lama.

Pro tips: Kit DIY yang baik biasanya dapat membantu meningkatkan kecerahan lampu kereta anda sehingga 3 kali ganda (bergantung kepada berapa teruk lampu kereta anda).

Bonus: Pastikan Lampu Sentiasa Bersih

Hasil kaedah DIY yang baik dapat dilihat dari keadaaan lampu yang jernih berkilat-kilat, reflector yang memantul-mantul macam cermin dan cahaya lampu yang terang seperti lampu baru.

Setelah keadaan ini dicapai, pastikan untuk rajin-rajin menjaga kebersihan lampu kereta termasuklah lampu depan, lampu belakang, fog lamp dan lampu brek supaya sentiasa dalam keadaaan terbaik.

Anda boleh buat restoration secara DIY berulang kali, kebiasaannya sekitar 1 atau 2 tahun sekali mengikut keadaan semasa lampu kereta anda.

Jika sekiranya kaedah DIY sudah tidak berkesan dan lampu kereta anda tetap kelihatan kusam (tidak jernih), itu petanda anda kena pegi kedai aksesori & sambar itu lampu baru lah!

What Do I Do Next?

Anda boleh mula dengan Tips #1. Cuba periksa lampu kereta anda & share di bahagian komen macam mana keadaan nya.

Next, jika anda rasa entri ni atau mana-mana entri dalam page ni boleh bantu seseorang yang anda kenal, just share pada mereka. Mungkin ada manfaat untuk mereka hasil perkongsian anda.

Terima kasih luangkan masa baca entri ni.

Harap anda belajar sesuatu.

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *