5 Sebab Kenapa Lampu Kereta Jadi Kusam

5 Sebab Kenapa Lampu Kereta Jadi Kusam

Lampu kusam memang satu masalah biasa kereta-kereta di Malaysia dan di mana-mana pun di dunia. Anda boleh nampak kereta lampu kusam ni bertebaran di jalan-jalan raya, di bandar besar, pekan dan kampung-kampung. Anda pun selalu nampak kereta kusam kat tempat parking pejabat anda.

Saya akan kongsikan kepada anda 5 sebab kenapa lampu kereta jadi kusam supaya anda tahu apa yang anda boleh buat sebagai owner kereta, berdasarkan punca-punca yang saya bincangkan di bawah:

1. Lampu Plastik

Kebanyakan kenderaan masa kini dilengkapi dengan headlight jenis plastik (policarbonat). Lampu plastik sebenarnya bukan punca lampu kusam. Cuma saya nak highlight juga sebab ia adalah syarat wajib kepada masalah lampu kusam.

Mungkin ada yang belum tahu – lampu kaca tak akan kuning atau kusam. Kalau pun nampak macam kelabu asap, itu sebenarnya kotoran (samada di bahagian luar atau dalam lampu) yang boleh dibersihkan.

Tapi lampu plastik ni lain macam. Dia makan dalam.

Lebih-lebih lagi kalau usia lampu dah lebih 8 tahun, anda boleh perhatikan bukan setakat permukaan luar sahaja yang berubah rupa, tapi sebenarnya keseluruhan dinding atau material lens tu sebenarnya dah bertukar warna.

2. Sinar UV Punca Utama Lampu Kereta Jadi Kusam

Untuk info, pada permukaan headlight kereta anda sebenarnya ada lapisan UV protection. Kalau anda perasan kat lampu tu (masa mula-mula beli dulu), anda boleh nampak kilauan warna warni ala-ala rainbow – itu la lapisannya.

Kalau selalu sangat duk terdedah bawah matahari (makan tahun jugak la), lapisan UV protection tu lama kelamaan akan pudar dan seterusnya terhakis – terutama area atas lampu.

Sebab tu anda boleh nampak kebanyakan kereta yang usianya sekitar 4 atau 5 tahun, bahagian depan headlight masih jernih tapi kat atas dah ada kusam-kusam manja sikit.

Sebabnya kawasan atas yang banyak absorb sinar UV secara direct dari matahari yang terpacak kat atas bumbung kereta time parking tengah padang.

3. Habuk dan Pasir

Kat atas jalan raya memang ada pasir-pasir halus yang akan terangkat setiap kali lori atau bas lalu. Dan pasir-pasir ini akan berterbangan di udara.

Habuk dan pasir berterbangan boleh rosakkan permukaan kereta anda, terutama di bahagian depan. Kalau anda selalu travel jauh anda boleh nampak kesan lekuk halus dan kasar kat permukaan lampu, bumper dan bonet kereta anda.

Masalah habuk dan pasir ni memang tak boleh buat apa pun. Kena hadap je. Cuma seboleh-bolehnya cuba elakkan dari follow bas atau lori masa memandu – lebih-lebih lagi lori pasir.

4. Calar

Calar berlaku oleh macam-macam asbab. Kalau anda salah pilih material car polish pun kereta anda boleh bercalar. Masalah utama yang menyebabkan calar adalah akibat kerja-kerja basuh kereta.

Lagi teruk kalau pekerja carwash guna span yang sama untuk basuh tayar dan body kereta.

Pasir halus dari dari tayar yang masih melekat kat span tu secara anda tak sedar dah jadi macam kertas pasir untuk sental permukaan cat dan lampu kereta anda.

Cuba perhatikan cat kereta anda, confirm ada calar-calar halus. Calar-calar yang sama sebenarnya ada kat permukaan lampu cuma mungkin anda tak nampak sebab halus sangat.

Untuk kes lampu kusam, penting untuk anda tahu calar-calar halus ni lah yang duk hakis lapisan UV protection kat permukaan lampu dan menyebabkan lampu semakin pudar dan lama-kelamaan jadi kusam.

5. Kotoran & Bahan Kimia

Walaupun kedua-duanya bukan punca utama, tapi bahan kimia dan kotoran yang melekat pada permukaan lampu juga antara penyebab lampu kereta jadi kusam dan nampak pudar.

Sebab tu anda kena rajin bersihkan segala kotoran dari tar, serangga mati, getah pokok, najis burung dan gam tinted pada permukaan lampu.

So nak buat buat?

Kalau lampu kereta anda masih baru dan berkilat, saya sarankan supaya anda sentiasa letakkan kereta di tempat parking berbumbung sebagai satu cara untuk memanjangkan jangka hayat lampu kereta anda.

Selain itu, rajin-rajinlah hantar ke carwash at least 3 bulan sekali supaya kereta sentiasa bersih dan tiada kotoran melekat pada lampu.

Kalau polish kereta, pastikan anda guna bahan yang tidak kasar dan kain micro fiber supaya permukaan lampu tidak bercalar.

Sekiranya ada kesan kusam-kusam manja pada lampu kereta anda, anda boleh gunakan car polish dan span bersih untuk hilangkannya. Bagaimanapun, penyelesaian ni untuk sementara je dan akan muncul semula sebab permukaan UV protection dah rosak.

Jika lampu kereta anda terlalu kusam hinggakan anda sendiri pun tak nampak mentol kat mana, anda mungkin boleh guna heavy duty kit yang bersesuaian.

Jika dibiarkan, masalah akan bertambah teruk dan ada 2 benda isu untuk anda hadapi – siang hari kereta nampak selekeh & malam plak bahaya sebab lampu malap.

Saya percaya headlight hanya perlu diganti apabila restoration pun dah tak boleh jernihkan lampu.

Semoga bermanfaat,

fadly

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *