TentangCLARROS

dan tiga sebab anda tak patut berada di sini

Hai. Saya Fadly.

Saya suka baca page About kat website macam ni sebab ada cerita tersendiri. Yup, baca kat page orang memang best. Cuma time nak tulis untuk page sendiri je susah sikit. BLUR!

Bagi saya, ni lah page paling susah sekali nak tulis dalam CLARROS.com. Mula-mula saya tulis stail third person. Tapi bila baca balik, rasa macam tak kena, rasa macam poyo pun ada. Seriously memang saya spend masa lama sangat untuk page ni.

Last-last, saya cakap “better tulis macam surat untuk kawan je – santai”.

Actually – memang untuk kawan pun.

Orait. Anda nak tau pasal apa ya?

Saya… umur 36. Asal Besut, tinggal di Putrajaya. Dah kahwin, anak 3. Tiga-tiga perempuan & tiga-tiga saya bagi nama depan diorang “Nur Anis”.

Sebut pasal nama anak ni, antara momen paling best bila ialah waktu ambik ambik diorang kat Taska – bilamana Teacher announce “3 Anis, balik!”. Rare kan?

Tapi, saya rasa anda kat sini bukan nak tahu pasal tu. Betul?

Anda mungkin tertanya-tanya,

Ada Manfaat Ke Aku Spend Masa Kat Website Mamat Ni?

Bagi kebanyakan pembaca, jawapan saya TAK.

Ini sebabnya:

1

Saya tak boleh bantu anda jernihkan lampu untuk kekal cantik berkilat-kilat 10 tahun.

Sengaja saya tulis “kekal cantik berkilat-kilat 10 tahun” hingga ramai yang terlepas perkataan “untuk” dalam ayat kat atas tu.

Saya faham. Semua orang nak lampu kereta cantik berkilat-kilat 10 tahun – saya pun nak!

Cuma kadang-kadang ramai orang terlupa bahawa tak ada benda yang kekal kat dunia ni. Even lampu ori pun tak boleh tahan. Dengan cuaca hujan panas, debu pasir lagi & jemur plak 12 jam tengah-tengah padang – masuk 5 tahun kalau tak kusam, confirm berkerak!

Restoration ni perlu, tapi anda sendiri pun tahu, paling lama boleh tahan 2-3 tahun je – lebih tu kira bonus. Unless kalau owner letak kereta kat parking berbumbung, keluar weekend je atau rajin buat restoration 3 tahun sekali.

Jadi, sekiranya anda plan nak buat restoration 30 minit & harap lampu kekal jernih 10 tahun, saya mintak maaf siang-siang – agak mustahil. Untuk tahan 2-3 tahun, insyaAllah.

2

Jika anda tak nak DIY, anda tak dapat alami benefit dari solution kami.

Biar saya berterus terang, solution yang kami tawarkan adalah untuk anda yang boleh consider kaedah Do-It-Yourself untuk jernihkan lampu.

Jika DIY bukan pilihan anda, saya suggest anda stop kat sini dan skip artikel yang seterusnya sebab saya yakin pilihan anda ialah untuk ganti lampu baru.

Saya bantu anda untuk semak harga lampu supaya senang anda nak prepare bajet sebelum ke kedai aksesori.

3

Jika anda dah ada petua tersendiri, tak banyak yang saya boleh bantu.

Klik je dekat google “Headlight Restoration”, saya jamin anda akan jumpa banyak iklan & artikel pasal cara nak jernihkan lampu kusam. Ada yang ringkas, ada yang senang, ada yang free, ada yang macam magik – macam-macam.

Berkesan?

Susah nak jawab. Untuk yang kuning-kuning manja & tak penuh tu, mungkin. Kalau anda tanya saya, personally saya lebih prefer car polish sebab memang dah standby dalam bonet.

Untuk yang tahap kusam berkerak, kuning sampai tak nampak mentol kat dalam & orang pun konpius tengok kereta anda samada kusam atau pakai tinted kuning, car polish sahaja memang tak berkesan sebab permukaan lampu tu dah rosak.

Pada tahap ini, anda kena cari solution yang sesuai.

Anda masih di sini? Cun.

Ini yang anda boleh expect dari kami.

  1. 3 langkah pulihkan lampu kusam berkerak jadi jernih berkilat-kilat;
  2. Result yang membuatkan anda teruja dan puas hati .
  3. Solution simple dan basic.

Saya kata basic sebab anda hanya perlukan 1 kit + air + kain. Tak perlu alat elektrik. Cara DIY pun simple je. Sambil layan anak-anak, saya rasa 30 minit dah boleh siap. Bagi saya, lampu hanya perlu diganti kalau memang dah tak boleh restore.

Tapi,

Cemane nak tau solution you bagus?

Tak ada cara lain. Anda kena cuba. Mungkin bagus untuk orang lain tapi tak bagus untuk anda. Mungkin jugak bagus untuk anda tapi bagus untuk orang lain. Saya tak boleh assume sebab solution ni bukannya magic bullet dan bukan jugak untuk semua orang.

Tapi saya rasa saya bertanggungjawab untuk bantu anda at least nampak proses-proses & keperluan dia sebelum anda decide nak cuba. Caranya ialah dengan saya walkthrough anda step-by-step melalui eBook 3 Langkah Jernihkan Lampu Kusam.

Saya rekemen sangat-sangat anda download eBook ni. Ada 32 page semuanya. (Link nanti saya share kat bawah) Saya nak anda baca setiap page sampai habis. Jika anda rasa content eBook tu membantu anda, insyaAllah anda akan suka dengan solution kami.

Sekarang saya sepatutnya kata ia bagus untuk kereta anda, tapi the right way is – you have to decide for yourself. Cuma saya harap dengan Jaminan Bebas-Kusam Tanpa Syarat kami, anda akan lebih yakin untuk cuba.

Saya nak anda boleh berkata “Thanks, produk ni betul-betul membantu saya.”

Sekarang anda mungkin tertanya-tanya,

Kenapa saya buat semua ni?

Orait. Biar saya share back story dia.

Kampung saya kan di Besut, lebih kurang 500KM dari Putrajaya. Selalunya kitorang balik kampung 2 atau 3 bulan sekali. Driving 8 jam tu biasa. Standard la drive jauh, kadang-kadang naik boring. So nak hilangkan bosan driving, macam-macam saya buat.

Antaranya saya suka kira kereta lampu kusam. Pelik kan? (Tapi seronok!)

Anda percaya tak kalau saya kata saya boleh jumpa tak kurang daripada 100 kereta lampu kusam bertebaran di jalan-jalan raya dalam 60 minit driving? (Of course la driving time siang, malam mana nak nampak)

Tapi serious, betul. Ada sekali tu kami dari Besut on the way balik Putrajaya. Dari pekan Bentong saya start timer, kemudian lalu ikut jalan Karak Lama (yang mistik tu) keluar Genting Sempah sambil kira kereta lampu kusam – saya jumpa 201 dalam 1 jam driving. Memang banyak.

Tahu tak apa yang saya pelajari?

Pertama, tahap kusam tu ada macam-macam. Ada yang sebelah kusam sebelah jernih. Ada jugak yang dua-dua kusam sampai tak nampak mentol. Cuma sayang sebab kebanyakannya kereta model masih baru tapi dah nampak buruk & selekeh. (sori agak kasar)

Tapi yang tu takde hal sangat. Isu besarnya ketika waktu malam, kereta-kereta ni dipandu dengan lampu yang malap. Dan samada sedar atau tak, pemandu kereta-kereta ni sebenarnya sedang memperjudikan nyawa sendiri, family & anak-anak mereka dan jugak orang lain.

Kena plak time malam hujan lebat, jalan sibuk dengan lori & bas plak, nak memotong pak masa tu la ada pothole, dah gelabah kereta depan pun tak sempat elak. Sudahnya… anda pun boleh imagine macam mana kan. Dengan baby dalam kereta, anak-anak kecik lagi. Huuuu… tak sanggup saya nak tulis. Ngeri.

Sebab tu masalah lampu kusam ni bukan boleh buat main-main. Ia bukan setakat isu kereta nampak selekeh je, tapi sangat serious kerana melibatkan nyawa manusia.

Ini saya buat untuk bantu anda

Misi saya adalah untuk bantu anda pulihkan lampu kereta yang kusam supaya kembali jernih semula. Dengan sedikit ilmu yang ada sebagai Jurutera, selain minat kepada DIY, fokus saya adalah untuk memberikan penyelesaian yang lebih ekonomi dengan hasil setanding lampu baru.

What’s Next?

Saya nak anda pegi ke Homepage baca beberapa entri yang saya sediakan.

Jika anda suka, sila subscribe untuk download dan baca eBook 3 Langkah Jernihkan Lampu Kusam.

Sekiranya ia boleh membantu anda, checkout produk kami untuk anda aplikasikan pada lampu kereta anda.

Terima kasih kerana luangkan masa di page ni.

Sekian,

fadly